Sunday, November 27, 2011

REKAAN CORAK: PUALAMAN (MARBLING)

PENGENALAN
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.


Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menh=ghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.


Contoh- Contoh Penggunaan Pualaman





Alatan yang diperlukan

  1. Cat Minyak
  2. Kaca
  3. Pisau palet
  4. Bekas berisi air
  5. Kertas lukisan (yang agak tebal )
  6. Penipis (Thinner)
Proses





  1. Bekas diisikan dengan air
  2. bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
  3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
  4. Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan dengan cepat
  5. Keringkan




source:Teknik Pualaman



No comments:

Post a Comment