Friday, November 25, 2011

PANDUAN WARNA

Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. 


Justeru itu, warna dan cahaya merupakan perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan cahaya kita dapat mengesan warna. 
Roda warna
Tiga Warna Pertama (Warna Asas) dapat menghasilkan warna-warna lain yang dinamakan Warna Kedua (Sekunder) dan Warna Ketiga ( Tertiar). Tiga Warna Asas iaitu Kuning, (Cadmium Yellow 1), Merah (Magenta 5) dan Biru (Cyan Blue 9). Kombinasi dua Warna Asas, menghasilkan Warna Sekunder seperti Ungu, Hijau dan Jingga. Warna tertiar wujud hasil campuran Warna Asas dengan Warna Kedua. Contohnya campuran 50% Merah dengan Ungu menghasilkan Merah Keunguan.


Warna Asas
Warna AsasMerahBiruKuning
Warna Sekunder


Kuning + Biru Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kunig = Jingga
Warna Tertier
Warna Tertier = Warna Asas + Warna Sekunder

biru ungu = biru +ungu
biru hijau = biru + hijau
kuning jingga = kuning + jingga
kuning hijau = kuning + hijau
merah jingga merah + jingga
merah ungu = merah +ungu

TEKNIK MEWARNA


Langkah 1
Penghasilan langkaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.




Langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi meninbulkan bentuk siput yang dilukis.


Langkah 3
Warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar. Lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam air yang akan gunakan.




Langkah 4
Teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan. Kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.







1 comment:

  1. Artikel yang sangat menarik :)
    Bagi Anda yang bergelut di dunia grafis, tekstile, garmen, cat dll Silahkan kunjungi http://WarnaPantone.Com untuk melihat Panduan Warna PANTONE ....

    ReplyDelete