Saturday, November 26, 2011

PROJEK MURAL ISLAM HADHARI

  • Mural atau lukisan dinding ini telah mula dibuat pada pertengahan bulan Jun 2006 yag melibatkan 2 orang guru pembimbing dan 8 orang murid dari Tahun 4.
Penggerak kerja
  • Mural ini adalah salah satu daripada projek dalam matapelajaran Pendidikan Seni Tahun 4 bagi tahun 2006.
  • Lokasi mural ini adalah pada dinding Makmal Komputer Sekolah. Lokasi ini dipilih kerana ianya terletak di bahagian hadapan pintu masuk utama sekolah.
Lakaran awal mural di atas kertas

Lokasi: Dinding Makmal Komputer

Lakaran awal pada dinding

  • Arang kayu digunakan sebagai media dalam proses melakar objek mural pada dinding
  • Warna-warna asas dan campuran dari warna-warna asas digunakan dalam proses mewarnakan mural ini.
  • Proses lakaran objek pada dinding mengambil masa dalam satu minggu. Manakala dalam proses mewarnakan objek lakaran di dinding mengambil masa dalam dua minggu.
Proses Melakar

Kerjasama antara anak murid

Proses Mewarna

  • Mural ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh murid-murid dari tahun berkenaan dan dibantu oleh guru. Ia siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Julai 2006.
Pandangan 1

Pandangan 2

Pandangan 3

Pandangan 4

PENERANGAN MURAL
Islam Hadhari Memupuk Pembangunan Sejagat

  • Tajuk mural adalah Islam Hadhari Memupuk Pembangunan Sejagat
  • Mural melambangkan bagaimana masyarakat dapat membangun ke arah kemajuan bersama Islam
  • Setiap objek melambangkan makna yang tertentu
  • gambaran sebuah bangunan masjid menunjukkan bahawa agama Islam adalah satu agama yang penting di sesuatu tempat
  • Gambaran 3 objek orang lidi yang sedang membaca Al-Quran dan bersongkok serta bertudung melambangkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang penting dalam Islam yang perlu dipelajari oleh setiap golongan tanpa mengira peringkat umur, jantina dan zaman
  •  Gambaran sebuah kapal terbang sedang menarik bendera negeri Terengganu dan sebuah LRT yang menyusur dilandasannya menunjukkan bahawa negeri Terengganu sedang menuju ke arah satu wawasan kemajuan dari segi sains dan teknologi.
  • Gambaran beberapa orang lidi yang lain menunjukkan kerjasama, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat Terengganu dalam mengejar kemajuan dan pembangunan negeri Terengganu.
  • Gambaran sebuah jentera menggambarkan kemajuan dalam bidang pertanian di Terengganu.
  • Gambaran beberapa buah bingkai tertingkat menggambarkan kemajuan dalam bidang perindustrian dan perkilangan di Terengganu.
  • Gambaran beberapa buah bangunan menggambarkan kemajuan pembangunan dalam sektor pembinaan.

Warna Dalam Mural

JINGGA (MERAH + KUNING)
Melambangkan kemajuan dari segi pembangunan sektor pembinaan

MERAH SUSU (MERAH + PUTIH)
Melambangkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat






KUNING POPCORN (KUNING + PUTIH)
Melambangkan pembangunan masyarakat yang sejagat




UNGU GELAP (MERAH + BIRU)
Melambangkan sempadan dan rintangan yang perlu di hadapi  






BIRU
Melambangkan keseimbangan dalam pembangunan dan agama






MERAH
Melambangkan keberanian dalam menghadapi cabaran masa hadapan




PUTIH
Melambangkan kebersihan dan kesucian dalam agama islam




HIJAU TURQOISE (BIRU +KUNING + PUTIH)
Melambangkan pertumbuhan yang pesat dalam sektor pertanian


HIJAU TEAL ( BIRU + KUNING)
Melambangkan kehijauan tumbuhan serta flora dan fauna




JINGGA MUDA ( MERAH + KUNING+ PUTIH)
Melambangkan warna rasmi daerah Hulu Terengganu




Projek mural ini telah mendapat johan bagi peringkat daerah Hulu Terengganu dan berjaya memperloeh wang berniali RM2000. Projek ini juga mendapat tempat ketiga pada peringkat negeri Terengganu sempena program Islam Hadhari 2006 dan telah mendapat wang bernilai RM3000.


PENGHARGAAN


En. Rahiman Bin Mohamad
(Penolong Kanan 1)






En. Kasbie Bin Yahya
(Guru Penolong)









Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh 
( En. Sahabuddin Bin Ramli)
Guru-guru Selokah Kebangsaan Sungai Buloh
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
Pekerja-Pekerja Sekolah
dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menghasilkan mural ini

TERIMA KASIH!!



No comments:

Post a Comment