Wednesday, November 30, 2011

TOPENG

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan.Proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

Topeng adalah sejenis hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan atau watak-watak fantasi.Topeng dipakai untuk menutupi bahagian di sekeliling mata,muka atau keseluruhan kepala.Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata,topeng muka dan topeng serkup.  

1. TOPENG MUKA

Topeng Muka 1

Topeng Muka 2

Topeng Muka 3

Cara Penghasilan 
Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.Kemudian kertas papier mache(surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah kedalam bekas kemudian digaul dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.Kertas dikeluarkan dari besen untuk membentuk topeng.Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam keadaan menjadi bulat.Tampalkan kertas tadi diluar belon separuh sahaja.Simpan belon ditempat yang sesuai agar tidak kempis.Biarkan kertas tampalan kering untuk beberapa hari.Tanggalkan kemudian jemur dibawah cahaya matahari hingga kering dan keras.Warnakan topeng mengikut watak yang dikehendaki.

2. TOPENG MATA


Topeng mata merupakan topeng yang dipakai untuk menutup mata sahaja.Anggota lain seperti mulut hidup dapat dilihat semasa memakai topeng mata.






3. TOPENG SERKUP


Topeng turut dapat diklasifikasikan kepada kesenian daerah.Pada zaman dahulu topeng di kesenian daerah umumnya digunakan untuk menghormati persembahan atau memperjelaskan watak dalam mengiringi kesenian.Menurut aspek kesenian daerah ini,terdapat beberapa jenis topeng. Antaranya ialah Topeng Jawa,Topeng Bali,Topeng Dayak,Topeng Pajegan,Topeng Panca dan Topeng Prembon.
  

Tuesday, November 29, 2011

ORIGAMI

Origami adalah seni lipatan kertas berasal dari Jepun yang tidak menggunakan alat dan bahan lain selain daripada kertas khas.







Monday, November 28, 2011

REKAAN CORAK: TIUPAN

Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. teknik tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw, kertas lukisan dan warna poster buncho




Sunday, November 27, 2011

REKAAN CORAK: PUALAMAN (MARBLING)

PENGENALAN
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.


Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menh=ghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.


Contoh- Contoh Penggunaan Pualaman





Alatan yang diperlukan

  1. Cat Minyak
  2. Kaca
  3. Pisau palet
  4. Bekas berisi air
  5. Kertas lukisan (yang agak tebal )
  6. Penipis (Thinner)
Proses





  1. Bekas diisikan dengan air
  2. bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
  3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
  4. Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan dengan cepat
  5. Keringkan




source:Teknik Pualaman



Saturday, November 26, 2011

PROJEK MURAL ISLAM HADHARI

  • Mural atau lukisan dinding ini telah mula dibuat pada pertengahan bulan Jun 2006 yag melibatkan 2 orang guru pembimbing dan 8 orang murid dari Tahun 4.
Penggerak kerja
  • Mural ini adalah salah satu daripada projek dalam matapelajaran Pendidikan Seni Tahun 4 bagi tahun 2006.
  • Lokasi mural ini adalah pada dinding Makmal Komputer Sekolah. Lokasi ini dipilih kerana ianya terletak di bahagian hadapan pintu masuk utama sekolah.
Lakaran awal mural di atas kertas

Lokasi: Dinding Makmal Komputer

Lakaran awal pada dinding

  • Arang kayu digunakan sebagai media dalam proses melakar objek mural pada dinding
  • Warna-warna asas dan campuran dari warna-warna asas digunakan dalam proses mewarnakan mural ini.
  • Proses lakaran objek pada dinding mengambil masa dalam satu minggu. Manakala dalam proses mewarnakan objek lakaran di dinding mengambil masa dalam dua minggu.
Proses Melakar

Kerjasama antara anak murid

Proses Mewarna

  • Mural ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh murid-murid dari tahun berkenaan dan dibantu oleh guru. Ia siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Julai 2006.
Pandangan 1

Pandangan 2

Pandangan 3

Pandangan 4

PENERANGAN MURAL
Islam Hadhari Memupuk Pembangunan Sejagat

  • Tajuk mural adalah Islam Hadhari Memupuk Pembangunan Sejagat
  • Mural melambangkan bagaimana masyarakat dapat membangun ke arah kemajuan bersama Islam
  • Setiap objek melambangkan makna yang tertentu
  • gambaran sebuah bangunan masjid menunjukkan bahawa agama Islam adalah satu agama yang penting di sesuatu tempat
  • Gambaran 3 objek orang lidi yang sedang membaca Al-Quran dan bersongkok serta bertudung melambangkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang penting dalam Islam yang perlu dipelajari oleh setiap golongan tanpa mengira peringkat umur, jantina dan zaman
  •  Gambaran sebuah kapal terbang sedang menarik bendera negeri Terengganu dan sebuah LRT yang menyusur dilandasannya menunjukkan bahawa negeri Terengganu sedang menuju ke arah satu wawasan kemajuan dari segi sains dan teknologi.
  • Gambaran beberapa orang lidi yang lain menunjukkan kerjasama, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat Terengganu dalam mengejar kemajuan dan pembangunan negeri Terengganu.
  • Gambaran sebuah jentera menggambarkan kemajuan dalam bidang pertanian di Terengganu.
  • Gambaran beberapa buah bingkai tertingkat menggambarkan kemajuan dalam bidang perindustrian dan perkilangan di Terengganu.
  • Gambaran beberapa buah bangunan menggambarkan kemajuan pembangunan dalam sektor pembinaan.

Warna Dalam Mural

JINGGA (MERAH + KUNING)
Melambangkan kemajuan dari segi pembangunan sektor pembinaan

MERAH SUSU (MERAH + PUTIH)
Melambangkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat






KUNING POPCORN (KUNING + PUTIH)
Melambangkan pembangunan masyarakat yang sejagat




UNGU GELAP (MERAH + BIRU)
Melambangkan sempadan dan rintangan yang perlu di hadapi  






BIRU
Melambangkan keseimbangan dalam pembangunan dan agama






MERAH
Melambangkan keberanian dalam menghadapi cabaran masa hadapan




PUTIH
Melambangkan kebersihan dan kesucian dalam agama islam




HIJAU TURQOISE (BIRU +KUNING + PUTIH)
Melambangkan pertumbuhan yang pesat dalam sektor pertanian


HIJAU TEAL ( BIRU + KUNING)
Melambangkan kehijauan tumbuhan serta flora dan fauna




JINGGA MUDA ( MERAH + KUNING+ PUTIH)
Melambangkan warna rasmi daerah Hulu Terengganu




Projek mural ini telah mendapat johan bagi peringkat daerah Hulu Terengganu dan berjaya memperloeh wang berniali RM2000. Projek ini juga mendapat tempat ketiga pada peringkat negeri Terengganu sempena program Islam Hadhari 2006 dan telah mendapat wang bernilai RM3000.


PENGHARGAAN


En. Rahiman Bin Mohamad
(Penolong Kanan 1)






En. Kasbie Bin Yahya
(Guru Penolong)









Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh 
( En. Sahabuddin Bin Ramli)
Guru-guru Selokah Kebangsaan Sungai Buloh
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
Pekerja-Pekerja Sekolah
dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menghasilkan mural ini

TERIMA KASIH!!



Monday, November 21, 2011

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah, murid dapat:

  1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
  2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
  3. Menajamkan daya imaginasi melalui pandaindera
  4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
  5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
  6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
  7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab
  8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
  9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
  10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.  
Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
  1. Pemerhatian secara aktif
  2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
  3. Apresiasi seni visual secara mudah
  4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembang deria penglihatan, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbanmdingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.


Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Penyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.


Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyanyangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar., nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi. 




Sunday, November 20, 2011

PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR

4 BIDANG DALAM PSV KSSR
Kandugan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

  1. Menggambar
  2. Membuat Corak dan Rekaan
  3. Membentuk dan Membuat Binaan
  4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interkasi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.


 1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan bidang ini:

  • Lukisan 
  • Catan
  • Kolaj
  • Montaj
  • Cetakan
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannay. Inin akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami denagn apa yang dilakukan melalui gubahan. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boelh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannay menjadi satu rekaan lain. corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil tearipada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
Corak tidak Terancang
  • Pualaman
  • Tiupan
  • Titisan
  • Ikatan dan Celupan
  • Renjisan dan Percikan
Corak Terancang
  • Lukisan 
  • Catan
  • Cetakan
  • Capan
  • Lipatan dan guntingan
  • Resis
  • Kolaj
  • Kaligrafi
Bidang ini membolehkan mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. 
untuk bahan bacaan tambahan bidang membuat corak dan rekaan sila tekan scribd.com:Membuat-Corak-dan-Rekaan-Dalam-Pendidikan-Seni


3. Membentuk dan membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid ddapat memahami dengan lebih jelas bial mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan , alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

  • Arca Timbul
  • Asemblaj
  • Mobail
  • Stabail
  • Model
  • Diorama
  • Boneka
  • Topeng
  • Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilkaukan dalm pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

  • Alat domestik
  • Alat permainan
  • Perhiaan (ornamen)
  • Batik
  • tekat
  • Ukiran
  • Tenunan
  • Anyaman
  • Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakna sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembauatn serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisis, lakonan, nyanyian dan cerita. 



PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN SENI 
Guru- guru Pendidikan Seni perlu:
  • Peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui Pendidikan Seni
  • Menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dan remaja dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
  • Meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran dan pembelajarn secara kreatif dan sistemetik.
  • Menyedari adanya pelbagai pendekatan pengajaran Pendidikan Seni
  • Berketrampilan terhadap pendekatan dan kaedah pengajaran.
  • Menanam sifat adil dan bertanggungjawab  dalam mengendalikan pentaksiran.
  •  Menyedari kepelbagaian kaedah dan melihat seni sebagai rangsangan untuk membuat apresiasi, refleksi, dan metakognif.
  • Memperkayakan semangat patriotisme melalui proses penghayatan warisan budaya bangsa.
  • mengawal kemahiran proses berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah pembentukan insan murni.
  • Meningkatkan keupayaan melihat kemungkinan-kemungkinan dalam membuat jangkaan.
  • Meningkatkan keyakinan diri dalam berkarya untuk mewujudkan suasana kerja yang berdisiplin, terancang dan tersusun.
  • Menyuburkan sifat sabar dan dedikasi untuk membantu dalam menghasilkan kerja yang lebih kreatif dan bermakna.
  • Membina dan memperkayakan sifat kreatif dan inovatif untuk menolong meralisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saturday, November 19, 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...


i'm a new blogger..masih baru dan masih belajar